Sunday 8 January 2012

APAKAH ITU ANDROID?


PASTI TIDAK ADA SESIAPA YANG ASING MELIHAT GAMBAR INI.TAPI APAKAH FUNGSINYA?


Setiap apa-apa pasti ada sejarahnya tersendiri,baiklah mari kita lihat serba-sedikit mengenai sejarah Android,Android adalah sistem operasi untuk telefon bimbit yang berpusat di Linux.Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.Untuk makluman, Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan.Dan dipendekan cerita ,setiap handphone yang beroperasi dengan sistem andriod,pasti memiliki app market yang seperti gambar diatas,didalam app itu kita boleh memuat turun game , tema ,ebook dan banyak lagi dengan percuma dan juga berbayar.Dianggarkan hampir 110,000 aplikasi dan mungkin lebih lagi mengikut kemajuaan teknologi sekarang,Android menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.Dan andriod dibahagikan dalam banyak versi seperti 1.6 , 2.2 , 2.3 , 3.0 dan paling baru ialah 4.0.Semakin tinggi versi handphone kita semakin banyaklah aplikasi yang boleh kita muat turun.Ini adalah pendapat saya,setiap handphone bersistem andriod memiliki grafik yang tinggi dan layar sentuh yang sensitif,tidak rumit untuk menguruskan perisian ataupun tatapan sesebuah handphone.Dan untuk memiliki sebuah handphone andriod tidaklah mahal dan harganya adalah berpatutan,seperti sony ericsson x8 bersistem andriod 1.6 dengan harga dalam Rm550 kebawah,sony ericsson w8 bersistem andriod 2.1 dengan harga RM550 kebawah,dan samsung galaxy young RM499 bersitem andriod 2.3.Harga adalah anggaran sahaja.Sila seacrh di search box untuk detial(butiran terperinci) sesebuah handphone.

No comments:

Post a Comment